Sunday 17 April 2011

kenape lah aku susah sgt3 nih!

emm jom kita check balik............

   Sebab...menurut Hassan al-Basri rahimahullah: “Seorang hamba itu masih berada di dalam kebaikan selagi mengetahui sesuatu yang akan merosakkan amalannya”.

   Seorang ahli zuhud Mekah Wahib bin Ward pernah berkata: “Sesungguhnya di antara kesejahteraan diriku ialah aku mengetahui perkara yang merosakkannya”.

    nak tau x...kekurangan dan kelemahan iman tidak berlaku secara mengejut dan tiba-tiba, tetapi kekejian syaitan menjadinya melakukan muslihat dan helah kepadamu untuk melepaskan senjata satu demi satu sehingga iman menjadi lemah dan tidak berdaya, gerakan kita menjadi berat dan sukar kerana seluruh kekuatan iman kini telah mulai lemah dan malas.

    Justeru perhatikanlah disebalik kita, ke atas diri kita dan tanyalah dengan bersungguh-sungguh: Bagaimana boleh jadi mcm nie yer? Bila berlaku?

   haa....Syaitan berusaha memisahkan seorang muslim yang kuat ibadah dengan melakukan serangan yang pertama ke atas senjata solat-solat sunat yang merupakan benteng yang kukuh yang memelihara solat fardu. Seorang muslim itu mulai rasa memadai dengan solat jamaah tanpa bersedia dengan solat-solat sunat rawatib.

   Setelah Berjaya menggugurkan senjata ibadah-ibadah sunat, maka syaitan meneruskan serangannya kepada kekusyukan di dalam solat untuk merosakkan ‘perbualan imani’ yang unggul antaramu dan Tuhanmu. Justeru yang tinggal di dalam solat adalah jasad sahaja tanpa ruh.

   Seterusnya syaitan mula menyerang muslim dengan merasa malas dan berat untuk menyudahkan solat dan diikuti dengan sikap berpuas hati solat hanya di rumah dengan alasan: “saya penat sekarang”. Hal ini berlaku beberapa ketika sehingga menjadi seronok dan kebiasaan…

   Lebih banyak menggunakan sejadah untuk solat fardu di rumah selepas syaitan Berjaya menggugurkan tugasnya untuk melaksanakan amalan-amalan sunat. Lebih banyak menunaikan sujud sahwi selepas syaitan Berjaya meragu-ragukan bilangan rakaat atau melupakan doa qunut.

  Kini syaitan telah Berjaya melepaskan pukulannya di dalam hati kita yang menyebabkan kita tidak tidak lagi menunaikan solat subuh berjamaah, berzikir dan membaca al-Quran secara harian. Oleh itu tiada jalan keluar untuk kita melainkan segera memperbaharui iman kita...

   jadi mcm mana yer.....???  aduhaiiiii ^_^

   Riwayat Abu Jaafar al-Khatami dari bapanya dari datuknya Umair bin Hubaib berkata: “Iman bertambah dan berkurang. Ada yang bertanya: Sebab apa iman bertambah dan berkurang?. Lalu beliau menjawab:

   Apabila kita mengingatiNya, bertahmid dan bertasbih kepadaNya, maka iman akan bertambah. Apabila kita melupakanNya, lalai dan cuai dari mengingatiNya, maka imannya akan berkurang”.

Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya)”. (Al-Anfal: 2)

“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas jalan agamaMu”

No comments:

Post a Comment